Golf Terkini

Allianz Malaysia berjaya memeriahkan Kejohanan Tahunan Allianz Golf dengan Media 2023


Kuala Lumpur, 16 Ogos 2023 – Allianz Malaysia Berhad sekali lagi menganjurkan kejohanana golf tradisi tahunannya iaitu Allianz Golf with Media Tournament  yang berlangsung di Saujana Golf and Country Club (SGCC) baru-baru ini.

Kejohanan yang berprestij ini merupakan edisi yang kesembilan dan pertama kali diadakan di lapangan yang eksklusif iaitu di Saujana Golf and Country Club, Subang.

Kejohanan Golf Allianz dengan Media ini sememang acara tahunan yang sentiasa dinanti oleh pengamal Media. Selain dapat bermesra dan bertukar-tukar pendapat dengan penganjur dan rakan-rakan media. Kejohanan tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran  jumlah peserta paling ramai sebanyak 80 orang pemain, terdiri daripada  pemain-pemain  media tempatan dan pengurusan kanan Allianz Malaysia dan termasuk pekerja-pekerjanya.

Penyertaan kali ini terdiri daripada para wartawan Berita Harian, Media Prima, Harian Metro,New Straits Times, Media Mulia yang terdiri daripada Kosmo, Utusan Malaysia dan TheRizab Malaysia; The Star, The Sun, Astro, Bernama, Business Today, The Edge, SinarHarian, Nanyang Siang Pau, RTM dan portal sukan seperti Cakap Sukan Online, Utusan TV dan Par Golf.

Turut memeriahkan kejohanan ini ialah peserta  baharu daripada Suara Merdeka, Oriental Daily, Persatuan Penulis Sukan (S.A.M.), Golf Malaysia, The Club House dan Smart Investor.

Mewakili Allianz Malaysia Berhad pada kejohanan itu ialah Zakri Khir, Pengerusi, Goh ChingYin, ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Allianz Life Insurance Malaysia Berhad dan Giulio Slavich,Ketua Pegawai Kewangan serta ramai rakan sekerja Allianz yang lain.

Selepas menamatkan permainan 18 lubang, Andrew Ng dari Golf Malaysia, yang membuat penampilan sulungnya, muncul sebagai juara dengan 38 mata dan membawa pulang Beg Troli Taylormade Tour serta Mahathir Mohd Sidi dari Media Prima, menduduki tempat kedua dengan 37 mata pada countback untuk membawa pulang Troli Replika Honma Pro. Tempat ketiga disandang oleh Raimon Arvindra dari Astro (37 mata), beliau memperolehi Beg Troli Exia Callaway.

Kategori berpasukan pula dimenangi oleh pasukan yang terdiri daripada Pizan Mustafa (NST), Mohd Sharif Omar (Media Mulia), Anas Hassan (Bernama) dan S.Thirushalvan (Smart Investor). Tempat kedua pemenang pasukan ialah Khairul Azraei (Media Prima), Jefri Hassan (Astro), Nor Affandi Ariffin (TV3)dan Toha Dol (Golf Malaysia). Akhirnya, pemenang tempat ketiga ialah Abdul Yazid Mahat(Cakap Sukan), Yizhen Lee (The Sun), Intan Farhana (The Edge) dan Muhammad Ashraff Noor (Media Prima).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: