Bola Sepak Harimau Malaya Terkini

Pestabola Merdeka 2023 ; Tajikistan ganti Lebanon

FAM telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) untuk pasukan kebangsaan Tajikistan yang kini berada di ranking ke-110 dunia

TAJIKISTAN akan menggantikan Lebonon yang telah menarik diri bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 13 hingga 17 Oktober 2023.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, FAM telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) untuk pasukan kebangsaan Tajikistan yang kini berada di ranking ke-110 dunia menggantikan slot yang ditinggalkan oleh pasukan Lebanon itu.

Ujarnya, Tajikistan telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai pasukan keempat bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 13 hingga 17 Oktober 2023.

“Majlis undian Pestabola Merdeka 2023 telah pun berlangsung pada 8 Ogos lalu yang menyaksikan tuan rumah, Malaysia diundi bertemu India, manakala Palestine berdepan Lebanon untuk Hari Perlawanan 1 pada 13 Oktober 2023.

Bagaimanapun, FAM telah menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) pada Isnin, 14 Ogos 2023 menyatakan bahawa mereka terpaksa menarik diri daripada Pestabola Merdeka 2023 dengan alasan Lebanon dan Palestine telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Tambahnya lagi, FAM mengambil langkah proaktif dengan segera menghubungi beberapa pasukan baharu sebagai pengganti supaya perjalanan pertandingan tersebut yang telah ditetapkan untuk disertai oleh empat pasukan dengan dua hari perlawanan iaitu pada 13 dan 17 Oktober ini tidak terjejas.

“Sehari kemudian iaitu pada Selasa, 15 Ogos 2023, FAM telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) untuk pasukan kebangsaan Tajikistan yang kini berada di ranking ke-110 dunia menggantikan slot yang ditinggalkan oleh pasukan Lebanon itu.

“Biarpun dengan perubahan terbaharu ini, susunan jadual perlawanan berdasarkan ketetapan majlis undian sebelum ini akan dikekalkan iaitu Malaysia bertemu India manakala Palestine kini akan menentang Tajikistan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading