Bola Sepak Terkini

Malaysia pilih Syria dan China uji kekuatan September ini.


 

SKUAD Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September 2023, kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

Pengesahan ini dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman.

“Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan bersama Pan Gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu (27 Julai 2023),” ujarnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: