Golf Terkini

Gavin Green tumpuan utama Piala Supra di Kelab Golf Mines Resort


Pemain golf profesional No 1 Malaysia, Gavin Green akan menjadi pesaing utama yang perlu ditewaskan untuk memenangi Kejohanan Jelajah Toyota Piala Supra yang bermula selasa ini 25 Julai dan berakhir 27 Julai di Kelab Golf Mines Resort.

Berada dikedudukan ke-70 dalam Jelajah Dunia DP, kemenangan terakhir Gavin di Malaysia ialah Trofi Tun Ahmad Sarji di Saujana pada Februari 2022 apabila dia menewaskan Danny Chia dengan satu pukulan. Danny akan berdepan sekali lagi dengan Gavin apabila dia turut serta bertanding dalam Piala Supra ini bersama pemain Sabah Ben Leong yang mendapat tempat ketiga.

Penyertaan Gavin dalam Piala Supra menjadikan dia pencabar terkuat dalam Jelajah Toyota setakat ini. Pemain yang turut menjadi pilihan dan perhatian terdiri daripada Ervin Chang, Shahriffuddin Ariffin, Fakhrul Akmal serta Paul San, Nicholas Fung dan Galven Green adik kepada Gavin.

Piala Supra ialah pusingan keenam Jelajah Toyota yang ditajakan oleh UMW Toyota Motor dan MST Golf Group Berhad.

Piala Supra menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000. Kategori lelaki,juara akan membawa pulang RM31,500. Bagi kategori wanita, pemenang akan menerima RM10,000 daripada keseluruhan hadiah yang ditawarkan berjumlah RM30,000.

Gavin mempamerkan aksi terbaik dalam Jelajah Dunia DP dahulunya Jelajah Eropah mendapat tempat ke-56 di Scandinavian Masters pada bulan Jun. Dia kemudiannya menduduki tempat ke-12 dalam BMW International Open, menduduki tempat ke-8 dalam British Masters, tempat ke-49 di Norway dan ke-68 dalam Scottish Open minggu lepas.

Sejak menjadi pemain profesional pada 2018, Gavin telah berjaya meraih sejumlah besar berjumlah RM14,500,000 dan para penyokong beliau yakin dia mempunyai peluang cerah untuk memenangi pada peringkat Eropah.

Kejohanan wanita diketuai oleh Aretha Pan diikuti oleh ramai pemain berbakat seperti Geraldine Wong, Genevieve Ling, Jocelyn Chee, Michelle Koh dan amatur Winning Ng yangmemenangi kejuaraan wanita dalam Piala Corolla di Ipoh dua minggu lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: