Bola Sepak Terkini

FAM gantung Mickey sebulan

Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM.

 

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim digantung sebulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran kenyataan dikeluarkan pemain berkenaan ketika ditemu ramah media selepas berdepan Sabah FC.

FAM menerusi kenyataan media yang dikeluarkan menjelaskan, Faisal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya pada 27 April itu.

“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023.

“Bagaimanapun, Faisal hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos 2023) yang mana penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023.

Dalam perkembangan sama, Noor Azman turut mengesahkan Faisal dan seorang rakan sepasukannya Khuzaimi Piee hanya diberikan amaran keras bagi isu membabitkan pengadil ketika aksi Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim bulan lalu.

“FAM ingin menasihatkan kepada pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika memberikan kenyataan media dan mengambil pengajaran daripada kes ini,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: