Golf Terkini

Ben Leong mendahului Supra Cup dipusingan pembukaan


Warga Sabah Ben Leong bertekad  untuk memecahkan kebuntuan satelah empat tahun tanpa kemenangan di bumi Malaysia apabila dia menyusun tujuh birdie dan

dua bogey untuk mencatat 66 pukulan lima dibawah par untuk mendahului dalam pusingan pertama Piala Supra di Mines Resort Kelab Golf di sini hari ini.

Kemenangan terakhirnya ialah di Kejuaraan Tertutup Impian pada 2019, bermain dalam satu kumpulan bersama pemain veteran Danny Chia dan Gavin Green. Dia mencatat dua birdie dan satu  bogey pada par 4 lubang 17 yang sukar dan mencabar.

Namun itu tidak melemahkan semangatnya dimana dipermulaan sembilan pertama dia mendapat birdie dilubang 1 hingga ke lubang 3

Bagaimanapun, bogey pada pukulan keempat seolah-olah menghalang kemaraannya, tetapi dia kembali menambah birdie di lubang 6 dan 8 untuk mendahului di hari pertama kejohanan.

“Ya, cuaca panas memang sukar, tetapi kami semua sudah biasa bermain dalam keadaan panas dan lembap seperti ini,” katanya.

“Tetapi saya berpuas hati , terutamanya dapat bermain bersama dengan Gavin dan Danny. Kali terakhir saya bermain bersama Gavin ialah pada Piala Dunia Golf di Melbourne pada tahun 2018 jadi ya, seronok dapat jumpa dia di sini,” tambah Ben.

Berkongsi dua pukulan di belakang untuk menduduki tempat kedua ialah Kenneth De Silva dan pemain amatur Marcus Lim yang menamatkan 68 pukulan tiga dibawah par. Marcus baharu memenangi tempat kedua di Piala Corolla di GC Diraja Perak yang berakhir dua minggu lalu. Bulan lepas dia memenangi TSM Golf Kejohanan di GCC Kuala Lumpur.

Piala Supra ialah pusingan keenam Jelajah Toyota yang ditaja oleh UMW Toyota Motor dan oleh MST Golf Group Berhad dan diuruskan oleh Professional Golf Malaysia.

Piala Supra menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000. Kategori lelaki,

juara akan membawa pulang RM31,500. Bagi kategori wanita, pemenang akan menerima RM10,000 daripada keseluruhan hadiah yang ditawarkan berjumlah RM30,000.

Gavin hanya tiga pukulan di belakang Ben dan menduduki tempat keempat bersama dengan Paul San iaitu 69 pukulan, satu pukulan mendahului pemain lain termasuk Amir Nazrin, R. Nachimuthu, Danny, Kemarol Baharin dan Nicholas Fung,  Kejohanan wanita diketuai oleh Aretha Pan yang memperolehi 68 pukula, tiga bawah par, diikuti oleh Geraldine Wong dengan 70 pukulan. Amatur Winnie Ng, muncul dengan 72 pukulan untuk menduduki tempat ketiga. -CS

Keputusan hari pertama:

66 Ben Leong

68 Kenneth De Silva, Marcus Lim (am)

69 Gavin Green, Paul San

70 Danny Chia, Amir Nazrin, Kemarol Baharin, Nicholas Fung, R. Nachimuthu

71 Ervin Chang, Galven Green, Norazle Idris, Wan Hasnul Daniel (am)

Kategori wanita

68 Aretha Pan

70 Geraldine Wong

72 Winnie Ng

74 Amalia Shahzan (am)

75 Allycia Gan (am)

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: