Golf Terkini

Galven Green rapat dibelakang Ben Leong yang masih mendahului Piala Supra di The Mines


KUALA LUMPUR, Rabu: Ben Leong mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Piala Supra apabila dia membuat 69 pukulan tujuh bawah par dihari kedua menjadikan jumlah pukulan sebanyak 135, pencabar terdekat Marcus Lim dengan kelebihan satu pukulan di lapangan golf terkemuka Kelab Golf Mines Resort.

Berbaki satu hari lagi kejohanan, Ben yakin bahawa dia akhirnya akan meraihnya kemenangan pertama di Toyota Tour.

“Saya pernah berada dalam kedudukan ini sebelum ini,” kata Ben selepas menyerahkan kad skornya, “dan saya cukup gembira dengan permainan saya.”

Galven mempamerkan kecemerlangan dihari kedua permainannya walaupun terdapat dua bogey tetapi berjaya memperolehi satu eagle dan lima birdie menjadi 66 pukulan, lima bawah par yang merupakan pukulan terendah hari ini.

Galven menyifatkan kehadiran abangnya menjadi pendorongnya untuk beraksi lebih baik.

“Ya, memang ini juga merupakan persaingan adik beradik. Kami sudah terbiasa cuba untuk mengalahkan satu sama lain dan ini sentiasa menjadi azam saya untuk berlatih lebih kuat lagi. Kami sangat rapat. Setiap kali dia pulang, kami sentiasa bersama,” katanya sambil tersenyum.

Kemuncak kejohanan pada hari ini ialah hole-in-one kedua Toyota Tour, kejayaan ini dikecapi oleh Sukree Othman. Dia menggunakan iron lima untuk hole-in-one dari jarak 207 ela.

“Ya saya sangat gembira terutamanya kerana ia adalah kedudukan pin yang sukar dengan green yang condong dari belakang ke hadapan,” kata Sukree yang berada di kedudukan ke-33.

Dalam kategori Wanita, Aretha Pan telah berjaya mendahului, satelah membuat 66 pukulan dua dibawah par kelebihan lima pukulan ke atas Geraldine Wong dan Michelle.

Aretha berpeluang cerah untuk kemenangan keduanya selepas memenangi kategori wanita pada Piala Tun Ahmad Sarji pembukaan musim pada Mac.

Kumpulan terakhir terdiri daripada

Ben (-7), Marcus (-6) dan Galven (-5) dijadualkan beraksi pada pukul 9.10 pagi. Di hadapan mereka ialah Ervin Chang (-3), Khor Kheng Hwai (-2) dan Amir Nazrin (-2). Mereka akan memulakan permainan pada pukul 9.00 pagi.

kedudukan pendahuluan (Lelaki) 135 Ben Leong (66-69) 136 Marcus Lim (am, 68-68) 137 Gavin Green (71-66) 139 Ervin Chang (71-68) 140 Khor Kheng Hwai (72-68), Amir Nazrin (70-70), Nicholas Fung (70-70) Danny Chia (70-70) 141 Nasrullah Zulkifli (am, 72-69), R. Nachimuthu (70-71) Wanita 137 Aretha Pan (68-69) 142 Geraldine Wong (70-72) 145 Michelle Koh (76-69) 148 Allycia Gan (am, 75-73), Winnie Ng (72-76) 150 Durriyah Damian (76-74)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: