Bola Sepak Terkini

JDT dipaksa kerja keras sebelum pertahan kejuaraan Piala FA

Kejayaan yang diraih JDT ini juga mengulangi pencapaian musim lalu dengan dua gol tuan rumah dijaringkan pada separuh masa kedua menerusi Shio Hong Wan pada minit ke-65 dan Leandro Velazquez minit ke -74.

Hong Wan meledak gol pertama membantu kemenangan JDT, 2-0 mengatasi KL City FC. (Foto : JST)

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras dan bermandi pelun sebelum berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 pada aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kejayaan yang diraih JDT ini juga mengulangi pencapaian musim lalu dengan dua gol tuan rumah dijaringkan pada separuh masa kedua menerusi Shio Hong Wan pada minit ke-65 dan Leandro Velazquez minit ke -74.

Kejayaan memenangi piala itu buat kali ketiga cukup manis apabila diraih di hadapan penyokong sendiri selain menjadi pasukan keempat selepas Kuala Lumpur pada 1993 dan 1994, Kedah (2007 dan 2008) dan Kelantan (2012 dan 2013) yang berjaya mempertahankan kejuaraan dua kali berturut-turut.

Pada aksi yang berlangsung di SSI, tuan rumah dilihat buntu sepanjang 45 minit pertama apabila gagal menembusi benteng pertahanan pelawat dengan KL City FC lebih banyak berkampung dikawasan sendiri dan hanya melakukan gerakan menerusi serangan balas.

Memasuki babak kedua, sorakan penyokong bergema apabila Bergson da Silva menjaringkan gol pada minit ke-56 namun dibatalkan oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas pemain itu berada dalam keadaan ofsaid ketika melakukan susulan bola rembatan Arif Aiman yang terkena tiang gol.

Gol yang dinanti JDT akhirnya muncul  pada minit ke-65 selepas Shio Hong Wan melakukan rembatan dari jarak 30 meter tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Mendoza untuk meletak JDT mendahului 1-0.

Berselang sembilan minit kemudian, giliran Leandro Velazquez pula melengkapkan kemenangan dengan gol kedua untuk kemenangan mutlak JDT.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: