Golf Terkini

Tujuh Negara 100 pemain berentap di Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-37


TUNKU Puteri Datuk Seri Jawahir Tuanku Ja’afar (tujuh dari kiri); Manibalan Kutty (tujuh dari kanan) dan Pengerusi Kejohanan, Datuk Yasmin Yusuff (enam dari kanan) bergambar bersama trofi-trofi dan para pemain Malga pada sidang akhbar Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-37 di TPCC, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-37 akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai 2023 di Templer Park Country Club (TPCC).  Seramai 100 pemain golf wanita Asia dijangka berentap di kejohanan ini yang akan disertai oleh pemain golf teratas dunia dari Taiwan, Hong Kong, Filipina, Singapura, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Pengerusi Penganjur Kejohanan, Tunku Puteri Datuk Seri Jawahir Tuanku Ja’afar juga merupakan Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malga) berkata, sehingga kini terdapat 88 peserta sudah mengesahkan penyertaan namun pihaknya mensasarkan kejohanan diserta 100 pemain menjelang hari pembukaannya.

Pada kejohanan itu, empat trofi bakal menjadi rebutan pemain iaitu Trofi Tunku Ampuan Negeri Sembilan (Juara Terbuka), Trofi Tunku Tun Maimunah (Amatur Pertengahan), Trofi Maria Musa (Divisyen Senior) dan Trofi Mary Williams (Acara Berpasukan). Kejohanan berprestij ini dijanjurkan Persatuan Golf Wanita Malaysia (Malga) telah diberi ranking C dan merupakan ranking tertinggi bagi R&A World Amateur Golf Ranking (WAGR).

Peserta daripada Malaysia yang sudah mengesahkan penyertaan adalah pemegang pingat emas Sukan Sea, Ng Jing Xuen dan pemenang pingat gangsa Sukan Sea, Foong Zi Yu. katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kejohanan itu di Templer Park Country Club, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

“Selain itu, Mirabel Ting serta Liyana Durisic iaitu bekas juara Terbuka Remaja dengan ranking ketiga tertinggi di negara, juga turut mengesahkan penyertaan” katanya.

TPCC merupakan penaja utama kejohanan ini, Pengarah Urusan TPCC, Datuk Manibalan Kutty berkata, pihaknya sudah bersedia dari segi fasiliti kelab bagi memberi keselesaan kepada semua pemain.

“Pihak TPCC juga berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk menjadi penaja utama kejohanan dan pihak kelab menyediakan hadiah Keahlian TPCC selama setahun bagi pemain yang berjaya melakukan pukulan selubang (Hole In One),” ujarnya.

Turut serta sebagai penaja kejohanan bagi hadiah Hole In One ialah Red Wheels-Tesla, MST dan AirAsia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: