Golf Terkini

Empat Trofi jadi rebutan 80 pemain di Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC Ke-46


DARI kanan: Kapten Golf Wanita, Aileen Tan; Stella Chau; Pengerusi Jawatankuasa Golf, Ezani Abu Bakar dan Pengarah Kejohanan, Dr. Chew Seng Poh bergambar bersama trofi yang bakal dipertandingkan pada Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC ke-46 pada 1 hingga 3 Ogos nanti.

Kuala Lumpur: Empat trofi menjadi rebutan 80 pemain golf wanita yang akan dipertandingkan dalam Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC. Kejohanan yang ke-46 ini bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos ini di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Kuala Lumpur.

Menurut Pengerusi Penganjur Bersama, Stella Chau, peserta berpeluang merebut empat trofi yang dipertandingkan iaitu Trofi Tuanku Bahiyah (Juara Gross), Trofi Toh Puan Norashikin (Juara Nett), Trofi Datin Azian (Juara Gross Berpasukan) dan Trofi Clarissa Lee (Juara Nett Berpasukan).Ads by

Beliau berkata selain pemain amatur tempatan, pemain dari enam negara lain yang akan turut serta memeriahkan kejohanan ini sudah menyatakan persetujuan adalah Filipina, Sri Lanka, Jepun, Korea Selatan, India dan Singapura.

“Dengan penyertaan pemain amatur wanita dari enam negara ini nanti, ia bakal menjadikan kejohanan ini sebagai landasan penting dalam memperkembangkan sukan golf di negara ini,” katanya ketika berucap dalam sidang akhbar sempena pelancaran kejohanan itu di RSGC, semalam.

Pada kejohanan edisi ke-46 ini juga, beberapa syarikat turut bersetuju untuk menjadi penaja antaranya MKH Berhad, 100Plus (Fraser & Neave Holdings Bhd) dan Bang & Olufsen.

Selain itu, AHAM Asset Management Berhad (Affin Hwang), Ajinomoto Malaysia, Jebsen & Jessen Malaysia Sdn Bhd dan Bermaz Auto Berhad manakala Royal Selangor International Sdn Bhd pula menaja trofi

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, termasuk Titoni dan Bang dan Olufsen yang menaja hadiah jam tangan Titoni dan pembesar suara bagi pemenang Hole-In-One,” katanya.

Hadir sama Penyelaras Golf RSGC, Ezani Abu Bakar; Pengarah kejohanan, Dr Chew Seng Poh dan Kapten Wanita RSGC, Ai-leen Tan.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, boleh layari http://lao.thersgc.com/. Tarikh tutup kejohanan pada 21 Julai ini. CS


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: