
Penyerang baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo cemerlang pada perlawanan pertama di Darul Aman apabila menjaringkan dua gol membantu Sang Kenari menewaskan Kelantan United FC 3-1 pada malam Jumaat.
Pemain Nigeria tersebut turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ke-17 Liga Super 2027 selepas memastikan tiga mata buat Sang Kenari.
Satu lagi gol tuan rumah telah dihasilkan oleh Amirbek Juraboev manakala gol saguhati Kelantan United diperolehi menerusi Ismaheel Akinade.
Sebagai rekod Ini merupakan penampilan kedua Ifedayo bersama KDA FC dan telah menjaringkan tiga gol setakat Ini.
Add Comment