Bola Sepak Terkini

Harga tiket Final Piala FA bermula RM50

Istimewa kali ini bagi penyokong yang membeli tiket MFL Grandstand RM200 akan menerima barangan ekslusif perlawanan akhir Piala FA 2023

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2023 mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC.RM50 sehingga RM200 mengikut lima kategori.
Final Piala FA 2023  yang merupakan edisi ke-32 yang buat pertama kali bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada 22 Julai 2022 (Sabtu) jam 9.00 malam.
“MFL telah menetapkan lima kategori tiket untuk diagihkan secara sama rata kepada pasukan finalis, JDT dan Kuala Lumpur City sebelum dijual kepada penyokong masing-masing.
“MFL telah membahagikan tiket mengikut beberapa kategori dengan harga tiket bermula dengan General Admission berharga RM50, FA Cup Grandstand RM100, FA Cup Premium RM150, MFL Premium RM150 dan MFL Grandstand RM200.
“Penetapan harga tiket mengikut kategori ini sama seperti yang telah dilakukan oleh MFL pada perlawanan akhir mana-mana kejohanan Piala FA dan juga Piala Malaysia sebelum ini di mana ia memberikan lebih pilihan buat penyokong untuk hadir ke stadium.
“Istimewa kali ini bagi penyokong yang membeli tiket MFL Grandstand RM200 akan menerima barangan ekslusif perlawanan akhir Piala FA 2023,” jelas MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Proses penjualan tiket perlawanan akhir akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kelab JDT dan Kuala Lumpur City.
“Pihak JDT dan Kuala Lumpur City akan memaklumkan cara penjualan tiket kepada penyokong mereka namun dengan persetujuan bersama kedua-dua pasukan, sekiranya ada pasukan yang gagal menjual kesemua tiket yang diperuntukkan itu, maka baki tiket berkenaan akan dijual kepada umum,” jelas MFL.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: