
Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan tunggal yang belum tewas setakat aksi ke-1 12 Liga Super 2023 selepas menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.
Rekod Sri Pahang FC yang juga belum tewas sebelum ini akhirnya lebur kepada JDT menerusi jaringan Bergson Da Silva pada minit ke-47 dan Fernando Forestieri pada minit ke-74.
Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Selatan terus mencengkam persada liga super dengan 36 mata selepas 12 perlawanan.
Pada satu lagi aksi pertembungan kelompok atasan menyaksikan Selangor FC mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga super apabila menang tipis 3-2 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Petaling Jaya.
Pada aksi tersebut, KDA FC terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-6 hasil jaringan Amirbek sebelum Ayron De Valle menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-23.
Willian Lira kemudiannya meletakkan pelawat di hadapan 2-1 pada minit ke-28 dan Selangor FC bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Faisal Halim.
The Red Giant bangkit kali ketiga untuk meraih tiga mata penting dan Noor Al-Rawabdeh menjaringkan gol kemenangan 3-2 pada minit ke-78.
Add Comment