Bola Sepak

Saya bukan tolak, tahan gaji nak kemenangan – Zamsaham


Norizam Tukiman.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman hanya mahu pasukannya mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Super 2023 dan menafikan pemain menghadapi masalah dua bulan gaji tertunggak.

Menurutnya dikenali Zamsaham, sebelum ini pemain tidak menghadapi masalah gaji dan mereka dibayar penuh.

“Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh.

“Tak benar dua bulan gaji tertunggak.

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan,” katanya yang dipetik melalui Facebook

Norizam berkata lagi, beliau sukar untuk mencari dana bagi membiayai pasukan tersebut dan mengharapkan kemenangan.

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.

“Untuk match minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.

“Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakkan dan saya janji baki gaji yg ditahan 50% semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya, itu saja,” ujar beliau lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading