Bola Sepak

Faisal dalam radar Suwon Samsung FC dari Korea Selatan


Faisal (kiri) semasa tugasan antarabangsa bersama Malaysia. FOTO AFC ASIAN CUP

Aksi kelibat tonggak negara, Mohd Faisal Halim pada separuh akhir Piala AFF 2022 Januari lalu telah menarik minat kelab Suwon Samsung FC dari Korea Selatan.

Pemilik kelab Suwon Samsung FC, Lee Jeong dikatakan tertarik dengan kelincahan pemain yang beraksi bersama Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia 2023.

Memetik laporan Astro Arena, hasrat Suwon Samsung khabarnya sudah dinyatakan dengan jelas kepada pemain berusia 25 tahun tersebut.

Suwon Samsung merupakan kelab yang berada di ranking kelapan Liga Utama Korea (K1) dan merupakan satu penghormatan terbesar selaku pemain Malaysia pertama disunting kelab dari liga ternama dunia itu jika menjadi realiti.

Faisal bakal mengisi kuota pemain import Asia menerusi nilai setahun yang dipercayai mencecah $300,000 (RM1 juta).

“Dia telah menjelaskan perincian seperti gajinya.

“Maklumatnya sudah dihantar ke pangkalan kelab dan mereka mungkin berminat untuk mengadakan rundingan pada Julai depan.

“Saya hantar video dan profil kepada kelab jadi saya cadangkan Faisal merupakan calon untuk mengisi kuota Asia dan pemilik kata dia berminat,” kata ejen yang merasakan permainan Faisal sangat sesuai buat Suwon Samsung.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: