Bola Sepak

Lawan JDT kalau terpaksa letak treler depan gol, kita letak – Fandi


Kpah Sherman menjaringkan gol penting bantu Sri Pahang FC tewaskan Penang FC 1-0 di Kuantan. FOTO SRI PAHANG FC

Masalah kecederaan yang dihadapi oleh Sri Pahang FC membuatkan pengendalinya, Fandi Ahman buntu apabila bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas ini pada saingan Liga Super 2023.

Menurutnya, masalah kecederaan tersebut menimpa ramai pemain di posisi tengah menyaksikan pasukan tersebut pincang.

“Kita kehilangan tiga pemain tengah ketika ini iaitu Azam Azih, Sergio Aguero dan Stefano Brundo, mudah-mudahan seorang atau dua daripada mereka dapat bermain menentang JDT nanti.

“Sementara ini kami agak muram juga kerana jarang dapat kesebelasan utama yang terbaik, nak berkunjung ke JDT lagilah berat tetapi kalau kita terpaksa letak treler depan gol kita akan letak,” jelas Fandi.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Penang FC 1-0 pada aksi Liga Super di laman sendiri pada Sabtu sekaligus mengekalkan rekod tanpa tewas selepas 11 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: