
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub meninggal dunia semasa dalam misi menawan gunung tertinggi itu.
Allahyarham yang juga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) pada Jumaat selepas terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut sehari sebelumnya.
Kejadian sudah dimaklum kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan keluarga Allahyarham juga sudah dimaklumkan mengenai insiden dan pasukan ME 2023 akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah.
Wisma Putra menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membawa turun jenazah allahyarham Awang Askandar.
Sementara itu, seorang lagi pendaki Malaysia, Muhammad Hawari Hashim yang berjaya menawan pucak Everest pula dilaporkan hilang pada Khamis.
Muhammad Hawari yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan bergerak turun selepas itu, namun masih belum dapat dikesan sehingga kini.
Add Comment