Bola Sepak

Piala Asia : Malaysia janji cuba yang terbaik


Kim Pan Gon bersama Piala Asia. FOTO FAM

Tiada siapa menafikan kesukaran Malaysia pada saingan Piala Asia 2023 apabila diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Pengendali Kim Pan Gon turut mengakui perkara sama kerana Harimau Malaya turut diundi menentang antara pasukan terbaik Asia, Korea Selatan.

“Kumpulan yang sukar. Korea Selatan adalah salah satu pasukan yang terbaik.

“Tetapi, kami akan cuba yang terbaik bersaing dengan mereka dan memberikan kebangaan kepada rakyat Malaysia,” katanya mengulas undian Piala Asia 2023 pada Khamis.

Malaysia akan bertemu Jordan pada aksi pertama pada 15 Januari 2024, diikuti Bahrain (20 Januari 2024) dan Korea Selatan (25 Januari 2024).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: