
Pengendali skuad Bolasepak B22 Malaysia, E. Elavarasan percaya peluang pasukannya untuk mara ke separuh Akhir Bolasepak Sukan Sea 2023 masih terbuka walaupun pasukannya tewas 2-0 kepada Thailand pada Sabtu.
Memetik laporan portal berita, beliau berkata,anak-anak buahnya masih berpeluang bangkit pada aksi ketiga bertemu juara bertahan, Vietnam pada Isnin biarpun di atas kertas dilihat sukar.
“Kita bermula baik tetapi dibolosi sebelum tumpuan terjejas (pada aksi bertemu Thailand).
“Apa yang penting mentaliti para pemain yang mahukan kemenangan, saya pasti kita akan buat lebih baik (menentang Vietnam selepas ini,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Elavarasan tidak mahu menjadikan cuaca panas yang mencecah 39 darjah Celsius sebagai alasan tewas kepada Thailand.
“Di sini keadaan cuaca memang berbeza dan pemain terpaksa menyesuaikan diri tetapi kita tidak mahu menyalahkan apa-apa. Ya kita kalah 2-0 dan mereka (pihak lawan) mempunyai peluang yang lebih baik dan menjaringkan gol,” jelas beliau lagi.
Add Comment