Bola Sepak

Faisal ‘terhibur’ dakwaan terima gaji RM80,000 sebulan


Faisal Halim (kanan). FOTO SELANGOR FC

Pemain Selangor FC, Faisal Halim menafikan dia menerima gaji RM80,000 sebulan seperti yang didakwa sebuah laman Facebook.

Jelasnya hantaran tersebut yang tular di media sosial yang membandingkan gaji pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menerima RM25,000 sebulan dengan dirinya tidak tepat.

“Pandai pandai je hahahahahah 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah,” kata pemain kebangsaan tersebut di ruangan komen laman Harimau Selatan X.

Reaksi Faisal tersebut mengundang pelbagai komen daripada pelayar Facebook yang meminta pentadbir laman berkenaan tampil menjelaskan keadaan.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab ‘suara sumbang’ mendakwa Harimau Selatan berjaya mendominasi Liga Malaysia (Liga M) disebabkan memiliki kuasa wang atau gaji lumayan diterima pemainnya.

Jelas Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, gaji pemain JDT boleh dikategorikan pada tahap kompetitif berbanding pasukan Liga M kerana ada yang berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.

TMJ juga mendedahkan ada tonggak tempatan dibayar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan bintang JDT iaitu Arif Aiman Hanapi hanya menerima gaji RM25,000 sebulan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: