
Pendatang baharu Liga Super 2023, PDRM FC membayangkan persiapan rapi bakal dilakukan bagi memastikan mereka tidak diratah oleh pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi seterusnya.
Pengendalinya, Azzmi Aziz berkata, rekod jaringan besar yang dicatatkan pada setiap perlawanan liga super dan terbaru Kedah Darul Aman (KDA) FC tewas 6-0 kepada Harimau Selatan menuntut mereka untuk melakukan sesuatu.
Beliau pastinya tidak mahu PDRM FC menjadi mangsa belasahan JDT seterusnya selepas cemerlang mengejutkan beberapa pasukan besar dalam saingan liga super setakat lapan aksi liga ini.
“Kami perlu realistik dan bersedia mengecilkan margin (jaringan gol) kerana pastinya ia bukan perlawanan mudah. Jadi, kami sedia untuk bertahan sebaik mungkin,” katanya seperti dipetik melalui sebuah portal tempatan.
Add Comment