Bola Sepak

Sanusi terus kemudi KFA sehingga 2026


Muhammad Sanusi bersama Jawatankuasa Eksekutif KFA penggal 2022 hingga 2026. FOTO KFA

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu bagi penggal 2022-2026 pada Khamis.

Muhammad Sanusi akan dibantu oleh Timbalan Presiden KFA yang juga kekal milik Datuk Abdul Rahman Abdullah.

Bagi jawatan Naib Presiden KFA pula dimenangi Datuk Mohd Salleh Saidin, Muhammad Radhi Mat Din dan Datuk Syed Yusoff Syed Othman.

Jawatankuasa Eksekutif  KFA dimenangi oleh Ben Ying Shen, Mohd Aizad Roslan, M Youvarajan, Jusrianuar Jamarudin, Badrul Hisham Sulaiman, Shafferi Rejab, Mohd Farhan Ahmad serta Idzham Nordin.

Bagi kuota wanita jawatankuasa eksekutif menjadi milik Nor Nadia Ahmad Shukri yang menang tanpa bertanding.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: