KALI terakhir skuad kebangsaan berada dikelompok 130 hingga 139 terbaik dunia adalah pada Ogos 2010 dan setelah hampir 13 tahun rekod tersebut berjaya dicapai dengan pengumuman ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan Malaysia sah berada di tangga 138 dunia, naik 7 anak tangga berbanding 145 dalam kemas kini terbaharu kedudukan ranking FIFA.
Keputusan FAM selaku badan induk bola sepak yang mengumumkan perlantikan Kim Pan Gon pada 21 Januari 2022 selaku pengendali Harimau Malaya kini mula menampakkan hasil yang ketara.
Walaupun mendapat sindiran sinis dan kata-kata kurang enak mengapa perlu melantik ‘orang luar’ dan bukannya anak jati Malaysia namun bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA) sejak tahun 2018 yang juga ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong dari 2009-2010 dan 2012-2017 membuktikan pemilihannya tepat.

Peningkatan prestasi Harimau Malaya ketika ini banyak dibantu dengan corak latihan yang sistematik, berteknologi tinggi selain pemilihan pemain-pemain yang menepati corak permainan dimahukan Pan-Gon.
Bercerita mengenai peningkatan prestasi Harimau Malaya yang melonjakkan ranking, mahu atau tidak peranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak boleh dilupakan malah boleh dianggap sebagai salah satu faktor utama Harimau Malaya kini mula dikenali.
Keterbukaan malah pelawaan TMJ agar Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri dijadikan tuan rumah pada dua perlawanan sebelum ini memperlihatkan betapa seriusnya TMJ ingin memastikan aksi dijalankan dengan lancar tanpa gangguan “permukaan padang yang tidak sempurna”.
Lebih dari separuh barisan pemain Harimau Malaya ketika ini dibarisi pemain-pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) disetiap posisi bukan sahaja kesebelasan utama malah pemain simpanan.
Mengapa Pan-Gon memanggil ramai pemain JDT ? adakah pemain lain tidak mempunyai kualiti, itu persoalan timbul setiap kali senarai pemain dikeluarkan FAM dalam senarai skuad kebangsaan.
Tanyalah mana-mana pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini, boleh dikatakan mereka memang mempunyai impian untuk menjadi sebahagian keluarga JDT, percayalah !!!
Memiliki infrastruktur setanding dunia, stadium terbaik di Malaysia, sistem pengurusan yang sistematik malah terbaik semuanya ada di Johor Darul Ta’zim (JDT), ini bukan khayalan tetapi FAKTA perlu diakui.
Cemuhan dan kritikan sering dilemparkan buat TMJ namun semua ini dianggap sebagai angin yang berlalu malah dibalas dengan kejayaan-kejayaan buat Harimau Malaya dan juga JDT.

Ramai yang boleh bercerita mengenai bola sepak namun tidak ramai yang mampu melakukannya sebagaimana dilakukan TMJ.
Malah ada beranggapan dengan duit semuannya boleh..tetapi harus diingat memiliki wang namun tanpa ilmu, kemahiran dan semangat juang yang tinggi semua ini tidak akan terlaksana.
Terima kasih TMJ, Harimau Malaya kembali digeruni !!!!
Add Comment