Bola Sepak

Sebar fitnah, Kelantan FC tidak teragak-agak ambil tindakan


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelantan FC.

Kelantan FC mengambil serius berkenaan tuduhan-tuduhan liar yang tular di media sosial oleh seorang individu berbangsa korea yang mengaku dirinya adalah ejen kepada bekas Ketua Jurulatih Kelantan FC yang telah direhatkan baru-baru ini.

Bahagian perundangan kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata, tuduhan-tuduhan tersebut adalah jelas fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi Kelantan Fc dan bersifat berat sebelah dengan motif balas dendam untuk membela dan menutup kesalahan bekas Ketua Jurulatih Kelantan FC yang telah direhatkan.

Menurutnya, individu tersebut bukanlah authorized agent yang berdaftar atau mempunyai sebarang perkaitan kontrak dengan Kelantan FC dimana pihak Kelantan FC kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan yang bersesuain.

“Individu tersebut telah memuat naik di dalam media sosialnya kononya pihak Kelantan FC tidak menyediakan penginapan yang bersesuain dan selesa kepada bekas Ketua Jurulatih dengan menunjukkan gambar keadaan sinki dalam tandas yang pecah.

“Walaubagaimanapun hasil daripada bukti dalam simpanan Kelantan FC didapati keadaan sinki yang didakwa rosak dan tidak selesa tersebut adalah sebenarnya dalam keadaan baik dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian semasa serahan penginapan tersebut kepada bekas Ketua Jurulatih,” katanya.

Jelasnya lagi, individu tersebut juga memuat naik gambar yang didakwa makanan yang disediakan Kelantan FC kepada pemain yang kononnya hanyalah sekadar nasi dan ayam sahaja.

Namun, mengikut bukti simpanan Kelantan FC pemain-pemain Kelantan FC adalah disajikan dengan makanan seimbang cukup dengan karbohidrat seperti nasi dan spegeti, protein daripada ayam dan vitamin daripada buah-buahan.

“Individu tersebut juga berulang kali menuduh Kelantan FC gagal membayar gaji pemain dan pegawai kelab  telah tertunggak 2 bulan.

“Hakikatnya dakwaan ini adalah dakwaan palsu dimana pihak Kelab adalah sangat komited terhadap isu gaji pemain telah membuat bayaran penuh gaji kepada pemain-pemain dan tidak akan membiarkan sebarang tunggkan gaji melebihi 2 bulan seperti dakwaan individu tersebut.

“Setakat hari ini tiada tunggakan gaji dan sudah dijelaskan kepada semua Pengurusan,Coaches dan Pemain,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru itu, pihak Kelantan FC juga ingin mengingatkan kepada pengguna-pengguna media sosial tempatan untuk berhenti menyebarkan tuduhan-tuduhan daripada individu tersebut dan tidak menyebarkan sebarang fitnah kepada Kelantan FC. 

Tambahnya, Kelantan FC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana individu yang cuba mencemarkan nama baik Kelab dengan fitnah liar dan bersifat jahat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: