Bola Sepak

The Bos Gaurus mohon maaf kepada penyokong


Ultras Perak FC setia di belakang pasukan. FOTO Perak Football Club

Kenyataan rasmi dari Pengerusi Perak FC selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim

Kami memohon maaf kepada para penyokong Perak FC dengan aksi tidak memuaskan malam tadi. Johor Darul Ta’zim adalah pasukan gergasi dan memiliki skuad yang sangat kuat, walaubagaimanapun kekalahan besar tanpa melawan atau memberikan cabaran adalah tidak boleh diterima para penyokong bola sepak Malaysia.

Malangnya, pasukan kami telah ditimpa dengan banyak kecederaan yang menyebabkan jurulatih tidak dapat menyeneraikan kesebelasan terbaik. Pemain utama kami sedang kembali daripada kecederaan, tetapi malam ini kita ditimpa satu lagi kecederaan dengan pemain penyerang, Seo yang dikeluarkan pada separuh masa kedua mengalami kecederaan yang dilihat serius menambahkan lagi senarai pemain kecederaan Perak FC.

‘Skuad depth’ telah jelas dilihat banyak kekurangan dan kami akan menilai semula keupayaan skuad kita semasa jendela perpindahan pertengahan musim.

Lewat malam tadi kami telah menerima berita sedih iaitu kemalangan jalan raya selepas perlawanan melibatkan penyokong Perak FC yang telah meragut nyawa. Saya mewakili pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan para pemain menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan keluarga mangsa tabah menghadapi ujian besar ini.

Sekali lagi, kami menghargai sokongan peminat setia Perak FC yang hadir setiap minggu untuk menyokong The Bos Gaurus.

Terima kasih penyokong Perak FC dan kita jumpa di KL!

Dato’ Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi
Pengerusi Perak FC


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: