Bola Sepak

Kelantan FC rehatkan Ketua Jurulatih untuk selamatkan keadaan


Norizan Tukiman

“Berikan saya kemenangan dan saya takkan kacau. Saya ada banyak benda lain nak pikir. Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga teruk.

“Saya kena campurtangan sebab takda owner nak kelabnya kalah dan lauk terus.
Semua ada tertulis dan kontrak sebelum pegang jawatan Ketua Jurulatih, kata Pemilik Kelantan FC, Norizan Tukiman.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan merehatkan ketua jurulatihnya, Choi Moon-Sik dan melantik Rezal Zambery sebagai caretaker.

Jelasnya, beliau membuat keputusan merehatkan ketua jurulatih selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi selain tiada laporan prestasi dari jurulatih Korea Selatan itu.

“Tentang lineup pula , 100% saya serahkan kepada HC, tetapi ada masa saya akan minta untuk masukkan atau keluarkan pemain-pemain yg dirasakan perlu atas nasihat team coaches.Kalau selaku owner cadangan saya yg 1% ni tak boleh diterima, baik saya jangan jadi pemilik.

“Saya juga tak mahu ketua jurulatih besar kepala sangat sehingga langsung tak mahu dengar pandangan dari teknikal ,Sporting Director dan jurulatih pasukan yang lain.Di Kelantan kita semua kena terbuka pada idea .Yang baik kita ambik. Tidak ada salah pun,” kata beliau lagi.

Mengulas dakwaan tunggakan gaji pula, Norizan berkata kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan pengurusan.

“Ya semua pemain dapat gaji setiap bulan.Cuma selama 3 tahun ni saya jadi, faham sahajalah ada masa gaji masuk lambat seminggu dua.Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah.

“Alhamdulillah,semua pemain ada akses ke saya.Mereka boleh call saya anytime dan ramai sahaja yg pinjam duit saya bila mereka terdesak spt kereta rosak atau nak pakai keperluan keluarga.Saya bantu dan ambik berat.Kelab Kelantan bukan kelab mewah tapi kita ambik tahu dan ambik berat semua keperluan,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d