
BERSEMPENA Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April setiap tahun, pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Lompat Tali dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia.
Dua lokasi menjadi pilihan bagi menjaykan program ini iaitu di Spacerubix Puchong, semalam dan The TOP, Pulau Pinang yang akan diadakan pada 8 April 2023.
Bermatlamatkan meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan sempena Hari Kesihatan Sedunia, Yakult Malaysia menggalak komuniti untuk aktif bersukan demi kesihatan badan serta meningkatkan kesedaran untuk mengambil Yakult sebagai minuman probiotik yang dapat membantu meningkatkan fungsi usus.

Pengarah Bersekutu Yakult Malaysia, Mazlyn Mena menjelaskan pihaknya juga melancarkan #YakultWorldHealthDay #JomBerjumpRope bagi meningkatkan lagi penyertaan orang ramai dalm sukan lompat tali yang kini tidak asing lagi bagi rakyat di Malaysia.
“Program Bengkel Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana pencegahan lebih baik dari merawat, kesihatan usus yang baik akan dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan.
“Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik seperti bermain lompat tali selain daripada menghasilkan persekitaran yang sihat di bulan Ramadan ini,” ujarnya pada majlis pelancaran semalam.
Tambahnya lagi Bengkel Lompat Tali ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan penjagaan kesihatan melalui sukan lompat tali ini.
“Ianya juga selaras dengan misi Yakult untuk menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik melalui penjagaan usus. 80 peratus sistem imun badan berpusat di usus.
“Kita boleh kuatkan usus dengan minuman probiotik seperti Yakult. Di bulan Ramadan ini, kita juga boleh melakukan senaman ringan seperti lompat tali yang banyak memberikan faedah kepada kesihatan badan kita,” tegasnya.
Pada program yang diadakan semalam, seramai 100 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagiakan kepada beberapa kategori yang berbeza.
Pemenang setiap cabaran ini telah mendapat hadiah istimewa dari pihak Yakult Malayisa dan Persatuan Lompat Tali Malaysia. Program ini juga akan diteruskan di masa akan datang dan akan diperluaskan di negeri yang lain untuk membawa lebh ramai peminat sukan lompat tali menyertainya.
Sebagai catatan, minuman probiotik Yakult juga dijamin Halal oleh JAKIM dan dihasilkan di kilang Yakult yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Kini, minuman probiotik dipercayai ramai akan kebaikan kesihatan terhadap usus dengan sebanyak 40 juta pengguna dan dijual di 40 buah negara di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Yakult Malaysia di http://www.yakult.com.my
Add Comment