Bola Sepak

Harimau Malaya uji Solomon Islands, Yaman pada Jun


Kesebelasan utama Malaysia menentang Hong Kong pada Selasa. FOTO FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus giat membuat persiapan menghadapi Piala Asia pada tahun depan apabila mengesahkan akan bertemu Solomon Islands dan juga dengan Yemen pada Jun depan.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, ‘second’ Tier 1 ini akan dimanfaatkan oleh anak buah Kim Pan Gon untuk terus membaiki rangking FIFA untuk Harimau Malaya.

Buat masa Ini Kepulauan Solomon menduduki kedudukan ke-136 manakala Yaman pula menduduki ranking ke-154 dunia.

“Tempat kita belum putuskan lagi sama ada kita buat di Johor, Terengganu atau Pulau Pinang.

“Kita akan putuskan kemudian dan juga persiapan untuk Pestabola Merdeka pada Oktober akan datang,” katanya yang dipetik menerusi temubual bersama wartawan Astro Arena.

Malaysia yang masih segar dengan dua kemenangan Tier 1 iaitu mengatasi Turkmenistan 1-0 dan menjinakkan Hong Kong 2-0 kini berjaya memperbaiki kedudukan dari 145 ke 138 Dunia namun keputusan rasmi FIFA belum diumumkan lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: