Bola Sepak

Akhyar cipta sensasi, Faisal kembali Siu!


Akhyar (kanan) turut melakukan aksi siu bersama Faisal yang menjaringkan gol kedua Malaysia. FOTO FAM

Pemain sayap Malaysia, Akhyar Rashid terus mencipta sensasi apabila menyumbang gol pembukaan 1-0 ke atas Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada malam Isnin.

Akhyar yang sebelum ini menjaringkan gol kemenangan ke atas Turkmenistan sebelum ini terus menemui sentuhan apabila memanfaatkan hantaran Faisal Halim untuk menjaringkan gol pada minit ke-18.

Aksi tersusun dipamerkan oleh Harimau Malaya terus membuahkan hasil apabila memperolehi gol menerusi Faisal hasil serangan balas yang memanfaatkan hantaran Darren Lok pada minit ke-41 untuk kedudukan 2-0.

Jaringan itu menamatkan penantian Faisal untuk menjaringkan gol apabila sentuhannya masih gagal diterjemahkan semasa bertemu Turkmenistan termasuk di peringkat Liga Super 2023 bersama Selangor FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: