Bola Sepak

Gagal jaringkan gol, Faisal mohon maaf jika ada kesilapan


Faisal (kanan) berjaya melepasi kawalan dua pemain Turkmenistan. FOTO FAM

Pemain sayap negara, Faisal Halim memohon maaf kepada peminat Harimau Malaya kerana beliau masih belum dapat menjaringkan gol pada musim ini bersama skuad kebangsaan.

Walaubagaimanapun, beliau tetap bangga turun beraksi membantu di jentera pasukan negara semasa membantu Malaysia mengatasi Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis.

Akui sedikit tertekan, Faisal mengakui masih perlu bekerja keras selepas turut masih gagal menjaringkan gol bersama Selangor FC pada lima aksi Liga Super 2023 setakat ini.

“Dah tentu sebagai pemain saya agak tertekan fikir mahu jaringkan gol, tetapi saya tetap gembira kerana pasukan menang, mungkin masih tiada rezeki untuk saya jaringkan gol.

“Macam perlawanan tadi kita lihat saya ada beberapa peluang tetapi penjaga gol mereka begitu baik.

Mungkin saya perlu kerja keras, kena banyak berdoa, mungkin juga saya ada salah dengan sesiapa dan perlu meminta maaf untuk dapat jaringkan gol semula,” katanya selepas perlawanan tamat pada Khamis.

Mengulas tentang persiapan pasukan negara pada kali ini, Faisal mengakui 

Harimau Malaya berada pada tahap yang terbaik kerana dibarisi ramai pemain berkualiti.

Dibantu dengan persiapan berlatih di fasiliti terbaik yang ada di Johor Darul Ta’zim (JDT), persembahan dan keserasian pasukan dijangkakan akan bertambah lebih baik.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d