Bola Sepak

Mampu dapat banyak gol tapi Malaysia masih perlu tingkatkan prestasi


Penjaga gol Turkmenistan berjaya menafikan beberapa percubaan wajib gol Harimau Malaya. FOTO FAM

Malaysia mampu menang dengan jaringan besar namun ketangkasan penjaga gol Turkmenistan, Rasul Charvev menyaksikan Harimau Malaya mampu menang 1-0 sahaja pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada malam Khamis.

Pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, beliau gembira dengan prestasi semua pemain dan beberapa muka baharu dijangka akan turut diuji semasa menentang Hong Kong pada 28 Mac ini.

“Turkmenistan juga bermain agak baik terutama penjaga gol mereka yang menidakkan peluang kita untuk menjaringkan tiga atau empat gol.

“Kita mahu beri peluang kepada pemain tunjukkan kebolehan mereka, ini adalah persediaan yang baik untuk Piala Asia akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Menurutnya, biarpun menang namun masih ada pemain yang gagal mencapai tahap yang diharapkan oleh beliau.

Menurutnya, penyokong juga harus memberikan masa kepada pemain untuk mencari keserasian bagi membentuk keserasian yang tinggi.

“Saya menerapkan pemain untuk bermain dengan fizikal dan mental serta disiplin yang tinggi. Kita lihat ada pemain yang tidak dapat ikut, jadi kita perlu tingkatkan lagi prestasi kita.

“Pemain harus tingkatkan lagi tahap kecergasan tetapi mungkin ini disebabkan baru permulaan musim jadi pemain tidak bermain banyak permainan lagi, saya jangka kita akan lebih baik pada Jun dan September nanti,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: