
SKUAD Bawah 22 tahun negara akan tampil beraksi pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini tanpa khidmat, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.
Keputusan ini berikutan pemain tengah Selangor FC itu, mengalami jangkitan kuman dalam perut yang memaksanya menjalani rawatan.
Pengendalinya, E Elavarasan berkata, pemain berusia 21 tahun itu tidak dalam keadaan baik, malah doktor sudah menasihatkannya supya jangan bermain dan perlu pulih.
“Jadi saya fikir lebih baik untuk dia pulih,” kata Elavarasan ketika sesi latihan terakhir menjelang Piala Merlion 2023 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM ).
Skuad B-22 bakal berlepas ke Singapura hari ini dan dijadual menentang Kemboja di Stadium Jalan Besar Singapura, Jumaat.
Selain tuan rumah Singapura, Piala Merlion disertai oleh Malaysia, Kong Kong dan Kemboja, kali terkahir Piala Merlion dianjurkan pada 2019 dengan Singapura, yang dibimbing Fandi Ahmad, muncul juara kejohanan empat negara itu.
Dalam perkembangan sama, Elavarasan turut memaklumkan Piala Merlion 2023 bakal dijadikan medan untuk beliau memastikan barisan skuad kebangsaan yang terbaik sebagai persiapan ke Sukan SEA, Kemboja Mei ini.
“Kem latihan skuad Harimau Muda itu bakal bersambung bulan depan sebagai persiapan untuk temasya dwitahunan berkenaan,” ujarnya.
Add Comment