LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menyifatkan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung serta-merta seorang pengadilnya sebagai langkah proaktif selepas kualiti pengadilan terus mencuri tumpuan dalam kancah domestik.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam menjelaskan langkah itu sebagai satu keputusan yang amat bagus bagi memastikan komuniti bola sepak dapat melihat tindakan proaktif yang diambil badan induk itu.
Namun, Stuart menegaskan penambahbaikan dari segi mutu pengadilan tetap perlu terus dipertingkat dan pihaknya akan terus bekerjasama dengan FAM berhubung perkara itu.
“Pengadil sentiasa menjadi topik hangat di Malaysia. Jika penyerang terlepas peluang, mereka boleh ambil peluang itu pada perlawanan seterusnya tetapi bagi pengadil, tidak boleh berlaku kesilapan.
Add Comment