
Kerjasama ALIF, minyak masak mampan unggul Malaysia ini merupakan tahun kedua berturut-turut jenama tersebut akan tampil sebagai salah satu penaja pertandingan ini.
Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad berkata, kolaborasi antara ALIF dan MFL pada tahun lepas mendapat tempat di kalangan peminat bolasepak tempatan dengan hampir 30,000 pengunjung turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik di Zon ALIF yang dijalankan di stadium semasa 22 perlawanan terpilih.
Kehadiran penyokong bolasepak yang besar di media sosial juga turut memanfaatkan kerjasama ini, apabila kehadiran maya ALIF meningkat secara memberangsangkan dengan siaran media sosial berkaitan MFL mencapai 3 juta tontonan.
“Jenama ALIF mewakili ciri-ciri terbaik minyak masak keluaran Malaysia yang mampan. Perkongsian sekali lagi antara jenama tersebut dengan suatu pentas yang sungguh dinamik seperti MFL akan membantu kami untuk menyampaikan kebaikan ALIF kepada peminat bolasepak Malaysia yang pelbagai. Kami sangat teruja untuk terus menyokong sukan kegemaran Malaysia dan membawa bersama ALIF, pasukan bolasepak Malaysia, dan peminat-peminat mereka,” katanya.
Tambah Mohd Haris, pengenalan ‘Minyak Masak ALIF EcoPax’ yang baharu bertepatan dengan komitmen syarikat untuk membawakan produk berkualiti kepada pengguna Malaysia yang pelbagai, termasuk memenuhi keperluan gaya hidup isirumah di bandar masa kini.
“Dengan penglibatan jenama ini dalam Liga Malaysia, kami menjangkakan pembungkusan terbaharu ini akan menarik lebih ramai peminat bola sepak tempatan, di luar segmen pengguna utama ALIF iaitu golongan wanita di Malaysia,” ujarnya.
Minyak Masak ALIF EcoPax ditambah dengan Vitamin D3 yang membantu sistem imunisasi. Ianya boleh didapati di rangkaian pasaraya terkemuka, sebagai tambahan kepada pembungkusan sedia ada minyak masak ALIF 5kg, 2kg dan 1kg.
Untuk musim baharu Liga Malaysia, ALIF telah merancang beberapa aktiviti gaya hidup yang akan dijalankan di kedai-kedai jualan. Dengan adanya penglibatan rangkaian jualan seperti AEON Big sebagai penaja rasmi Liga Malaysia, ALIF berharap akan dapat membawakan lebih banyak aktiviti jualan, dan menemui peminat bukan sahaja di stadium.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkongsi bahawa penglibatan ALIF baik untuk perkembangan bolasepak tempatan, dan ini dapat disaksikan dari sambutan menggalakkan peminat bolasepak untuk aktiviti-aktiviti penajaan ALIF di stadium dan juga di media sosial.
Mewakili Presiden MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, Ahli Lembaga Pengarah dan keseluruhan komuniti bolasepak, kami berbangga dapat meneruskan kerjasama bermakna ini dengan Minyak Masak ALIF, sebagai sebahagian keluarga Liga Malaysia 2023.
Add Comment