Bola Sepak

Cheng Hoe yakin kualiti pemain Selangor hadapi JDT


Cheng Hoe (kiri) bersama Penolong Jurulatihnya, Ramon Marcote. FOTO SELANGOR FC

Aksi Selangor FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kelima Liga Super 2023 pada malam Jumaat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tanah air.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe melihat setiap pasukan akan memberikan aksi terbaik apabila bertemu juara Liga Super sembilan kali berturut-turut tersebut.

Menurutnya, berdepan jadual perlawanan yang padat, The Red Giant masih tetap membuat persediaan rapi untuk menerima kunjungan Harimau Selatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“Saya rasa setiap lawan yang jumpa JDT, semua pasukan akan cukup bermotivasi yang terbaik, termasuk pemain saya. Itulah kita kena fokus perlawanan dengan JDT nanti, dan kita ada beberapa hari untuk latihan.

“Kita perlu di mana, kerja-kerja rumah dari segi untuk pulihkan tenaga kita kerana bermain di sebelah petang, cuacanya yang agak panas.

“Memang meletihkan kita juga, dan sudah tentu saya yakin dengan kualiti pemain yang ada, kita mampu memberi saingan yang cukup baik dengan JDT,” kata bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu seperti dipetik melalui laporan sebuah media, Harian Metro.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: