Bola Sepak Liga Malaysia 2023 Terkini

Sony Norde gesa rakan waspada percaturan Negeri Sembilan


Sony Norde percaya Negeri Sembilan akan memberikan saingan sengit.

PENYERANG import Terengganu FC, Sony Norde beri bayangan Negeri Sembilan FC akan hadir dengan percaturan yang lebih baik terutamanya selepas kalah besar tempoh hari sekali gus ia akan menjadi pertembungan sukar dalam aksi Liga Super, malam ini.

Norde percaya skuad kendalian K. Devan tidak akan membiarkan mereka tersungkur sekali lagi selepas mengalami kekalahan besar 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di mana Terengganu perlu lebih bersedia untuk menghadapi tuan rumah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam memastikan pasukan meraih kemenangan berterusan.

Justeru, bekas penyerang Melaka United FC itu tidak akan mengambil mudah setiap pergerakan lawan dalam usaha menyekat peluang mereka selain Terengganu juga perlu lebih aggresif untuk memburu jaringan.

“Sudah tentu ia tidak mudah sebab Negeri Sembilan mesti nak menang selepas mereka kalah tempoh hari, dan kita tidak boleh nak pandang mudah dekat mana-mana lawan sekali pun.

“Setiap pasukan ada kelebihan masing-masing dan kami juga tahu situasi di pasukan ini untuk pastikan kami dapat beraksi dengan lebih baik.

“Apa yang penting, kita perlu betul-betul fokus sebab saya yakin Negeri Sembilan tidak akan beri jalan mudah kepada kita nanti”, katanya.

Dua perlawanan Liga Super akan berlangsung pada malam ini menyaksikan Perak FC bakal menerima kunjungan Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC akan menentang Terengganu FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: