
Biarpun menang tipis 2-3 ke atas Kelantan United pada aksi keempat Liga Super 2023 di Kota Bahru, ia tetap melegakan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mencatatkan dua kekalahan berturut-turut sebelum Ini.
Tewas tipis 0-1 kepada PDRM FC pada saingan ketiga Liga Super sebelum sekali lagi tewas kepada Penang FC 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada aksi sebenar pusingan pertama Piala FA 2023 Di Stadium Darul Aman pasti satu kejutan buat Sang Kenari.
Beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV, KDA hampir dikejutkan dengan kebangkitan lewat tuan rumah.
Kelantan United terlebih dahulu memperolehi gol pada minit ke-21 menerusi Devid Silva sebelum disamakan kedudukan oleh KDA melalui Willian Lira pada minit ke-34 hasil tandukan untuk kedudukan 1-1.
Manuel Hidalgo kemudiannya meletakkan Sang Kenari di hadapan 1-2 pada penghujung perlawanan separuh masa pertama minit ke-45 apabila dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti.
Pada separuh masa kedua, KDA terus memperkemaskan jentera serangannya dan hasilnya memperolehi gol ketiga pada minit ke-79 yang baru dimasukkan untuk kedudukan 1-3.
Kelantan United berjaya bangkit merapatkan kedudukan 2-3 pada minit ke-88 menerusi Yan Victor yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat.
Add Comment