Bola Sepak

JDT tak bagi muka kepada Kelantan


Prestasi pemain JDT semakin baik dari satu perlawanan ke perlawanan. FOTO JST

Kemenangan besar Johor Darul Ta’zim 5-1 ke atas Kelantan FC Di Stadium Sultan Ibrahim pada petang Rabu menyaksikan Harimau Selatan terus mencengkam persada Liga Super 2023 dengan empat kemenangan berturut-turut.

The Red Warrior yang merupakan pendatang baharu di saingan utama bolasepak negara dikejutkan dengan jaringan Diogo seawal minit ketiga perlawanan untuk kedudukan 1-0.

Pelawat cuba bangkit namun JDT tidak memberi ruang apabila menambah dua gol lagi menerusi Endrick Dos Santos dan Fernando Forestieri pada minit ke-26 dan 35 bagi kedudukan 3-0 tamat separuh masa pertama.

Harimau Selatan terus mengamatkan SSI apabila Juan Muniz meletakkan kelab itu 4-0 di hadapan pada minit ke-56.

Walaubagaimanapun Kelantan berjaya merapatkan kedudukan 4-1 pada minit ke-69 apabila Leonardo Rolon menjaringkan gol penalti.

Kebangkitan yang cuba dilakukan oleh The Red Warrior bagaimanapun tersekat apabila Arif Aiman Hanapi menjaringkan gol penalti pada minit ke-82 untuk keputusan penuh 5-1.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading