Bola Sepak

PDRM masih ‘underdog’ bertemu Terengganu


Bruno menjaringkan gol kemenangan PDRM menewaskan KDA FC 0-1 pada saingan Liga Super baru-baru ini. FOTO PDRM

PDRM tampil dengan status ‘underdog’ apabila turun pada perlawanan getir iaitu Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Sabtu.

Masih segar dengan kemenangan 0-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA), Ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab Aziz mahu pemainnya kembali fokus kepada saingan Liga Super.

Menurutnya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk terus bersaing dalam saingan liga Ini.

“Kami akan datang ke sana sebagai ‘underdog’, belum masanya pemain sudah berasakan kita sangat baik selepas menang dengan Kedah kerana Terengganu juga sebuah skuad yang baik.

“Mereka cuma belum dapat rentak dan pelbagai isu saya dengar, saya jangka mereka akan turun habis-habisan bagi mencari kemenangan,” katanya seperti yang dipetik daripada Malaysian Football League.

Menurutnya, PDRM seperti biasa akan tetap berhati-hati dan fokus untuk bertahan dahulu sebelum menunggu apa yang boleh dilakukan dan bergantung kepada situasi perlawanan.

“Semua orang mahukan kemenangan tetapi saya mahu ingatkan kepada pemain agar cuba berikan persembahan yang positif kerana dalam bola sepak, jika anda bermain baik maka keputusan yang baik akan hadir,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: