Bola Sepak Liga M3 Terkini

Sains FC mahu teruskan rentak kemenangan


Barisan pemain Sains FC meraikan kejayaan menewaskan Melaka FC , 3-1. (Foto : Sains FC)

SELEPAS membenam cabaran Melaka FC di tempat lawan, Sains FC kita meletakkan Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC sebagai sasaran mengutip tiga mata seterusnya pada pada aksi kedua saingan Liga M3 di Stadium USIM, Nilai petang esok.

Pengendali Sains FC, Hamizar Hamzah pula sudah pastinya rentak kemenangan ingin diteruskan pada aksi berdepan juara musim lalu itu.

“Kami akan bermain seperti biasa, menyedari mereka mempunyai beberapa pemain baharu yang dibawa masuk untuk memperkuat pasukan musim ini.

“Setiap individu dalam pasukan lawan kita telah kaji, barisan pemain saya juga telah diingatkan agar sentiasa fokus sepanjang perlawanan.

“Memang kami mahukan tiga mata penuh untuk meneruskan kemenangan atau sekurang-kurangnya pulang dengan membawa mata, tiada istilah kalah pada aksi ini, katanya.

Sementara itu, PIB Shah Alam FC yang sekadar seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC minggu lalu, akan memanfaatkan kelebihan dilaman sendiri untuk  tiga mata penuh.

Ketua jurulatih PIB Shah Alam FC, Yusrizal Yusoff berkata, pasukan sudah membuat analisis corak permainan Sains FC yang menentang Melaka FC telah dibuat sebagai persediaan untuk aksi kedua.

“Bukan calang-calang berdepan dengan Sains FC, kita dah buat analisis dan PIB Shah Alam FC sudah ada strategi untuk memastikan tiga mata penuh,” tegasnya.

Pada aksi pertama minggu lalu, Sains FC meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Melaka FC, 3-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala PIB Shah Alam FC berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas seri tanpa menentang Manjung City FC, di Stadium Manjung, Perak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: