Bola Sepak Liga Malaysia 2023

Tersingkir saingan Piala FA, LTK kecewa mutu pengadilan


PENGENDALI Perak FC, Lim Teong Kim ternyata tidak berpuas hati dengan mutu pengadil selepas pasukannya terpaksa melupakan  saingan Piala FA 2023 setelah tewas kepada Sri Pahang.

Enggan mengeluarkan komen berlebihan kerana bakal dikenakakan hukum oleh Persatuan Bolą Sepak Malaysia (FAM), Teong Kim ternyata tidak berpuas hati.

“Saya kecewa dengan keputusan (pengadil) hari ini. Saya tak boleh bercakap dengan pegawai yang mengendalikan perlawanan, kerana kalau saya cakap, saya kena denda juga. Jadi, lebih baik tak perlu bercakap. Apa nak buat,” kata ketua jurulatih Perak itu dalam sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan berlangsung di Ipoh itu, tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-34 menerusi jaringan penyerang import, Christian Obiozor.

Bersambung pada separuh masa kedua, pasukan Perak FC terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pemain tengah, Fadhil Idris dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kedua perlawanan pada minit ke-67.

Peluang tersebut dimanfaatkan oleh pasukan pelawat dengan jaringan penyamaan oleh Abdul Malik Mat Arif pada minit ke-82.

Gawang Perak FC terus diasak pada minit akhir perlawanan sebelum Sri Pahang FC dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran dilakukan pemain tuan rumah ke atas Muhammad Baqiuddin Shamsudin

Stefano Brundo tidak melepaskan peluang menjaringkan gol kemenangan Sri Pahang FC menerusi sepakan penalti.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: