Bola Sepak

Nafuzi mohon maaf, Kedah tersingkir Piala FA 2023


KDA FC akur tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Penang FC 4-3 pada pusingan pertama Piala FA 2023. FOTO KDA
FC

“Saya minta maaf (kepada penyokong Kedah) sebab kita sudah terkeluar pada pusingan pertama (Piala FA 2023).

“Kita sudah pun buat yang terbaik dan penyokong melihat sendiri kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain,” kata Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain.

Beliau berkata demikian selepas Sang Kenari tumpas kepada Penang FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa sebenar dan tambahan di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.

Pada perlawanan itu, Manuel Ott menjaringkan gua gol pada minit ke-8 dan 90 manakala gol pelawat hadir menerusi Giovane Da Silva pada minit ke-21 dan Hassan Saad pada minit ke-67.

Menurut Nafuzi, beliau mengakui kecewa tewas pada perlawanan tersebut namun pemainnya telah memberikan segala-galanya namun menganggap rezeki tidak berpihak kepada tuan rumah.

“Malam ini perasaan saya bercampur, ada gembira dan kecewa. Kecewa sebab kita tidak layak ke pusingan seterusnya dan gembira kerana daripada segi prestasi, ini adalah prestasi terbaik setakat empat perlawanan yang dilalui.

“Saya rasa malam ini semua pemain berjaya mengalas tugas dengan baik dan inilah bolasepak. Walaupun ketinggalan kita dah bagi semua tapi mungkin rezeki tidak memihak kepada kita,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: