
Pusingan pertama Piala FA 2023 aksi derbi utara menjadi milik Penang FC selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.
Penentuan sepakan penalti dilakukan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar dan tambahan masa 30 minit.
Perlawanan tersebut jelas dikuasai oleh Sang Kenari sepanjang perlawanan dengan beberapa percubaan wajib gol namun berjaya dinafikan oleh Penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi.
Pada perlawanan tersebut Ketua pasukan KDA FC, Manuel Ott menjaringkan dua gol pada minit ke-8 dan 90.
Manakala Penang FC pula memperolehi gol menerusi Giovane Da Silva pada minit ke-21 dan Hassan Saad pada minit ke-67.
Kekalahan ini adalah kali kedua dicatatkan oleh KDA FC selepas tewas 0-1 kepada PDRM pada saingan Liga Super 2023.
Add Comment