Bola Sepak Liga Malaysia 2023 Terkini

Lupakan layangan kad merah


KAPTEN Kedah Darul Aman FC, Manuel Ott mahu melupakan insiden layangan kad merah ketika menentang PDRM FC tempoh hari dan ingin fokus untuk aksi pusingan pertama Piala FA berdepan Penang FC, malam esok.

Apa yang pasti, dia enggan perkara sama berulang sambil menegaskan mahu mengambil pengajaran atas kesilapan yang telah berlaku ketika tewas 0-1 kepada PDRM dan pasukan perlu bangkit untuk memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya di pentas Piala FA musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu juga positif Kedah masih di landasan yang tepat untuk memburu kemenangan dalam aksi seterusnya dan bersedia memperbaiki kelemahan sambil menyifatkan Penang merupakan lawan yang tidak boleh diambil mudah.

“Tempoh hari menentang PDRM memang perlawanan yang agak penuh dengan emosi tetapi akhirnya ia menjadi tanggungjawab kita untuk tetap fokus aksi seterusnya dan kita cuba untuk raih kemenangan lawan Penang nanti.

“Bagi saya, ini baru permulaan musim dan dengan pemain baharu, falsafah baharu sudah tentu ia bukan mudah dan kita sedang berusaha untuk memberikan segalanya di atas padang.

“Untuk Piala FA ini, ia tetap bukan mudah tidak kira dengan siapa pun kita lawan dan fokus kami adalah terhadap pasukan sendiri, jadi yang penting adalah kita tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama ketika lawan PDRM”, jelasnya.

Terdahulu, bekas pemain Terengganu FC ini dilayangkan kad merah pada minit-59 aksi Liga Super ketika menentang PDRM FC menyaksikan suasana perlawanan yang lebih tertekan sebelum Kedah tewas 0-1.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: