Bola Sepak Liga Malaysia 2023 Terkini

Gergasi Merah terus dapat tajaan


KELAB Bola Sepak Selangor, Selangor FC (SFC) secara rasmi mendapat suntikan sokongan daripada Klinik Pergigian Star sebagai Rakan Rawatan Pergigian Rasmi selepas memeterai perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kerjasama ini juga bakal memperlihatkan logo Klinik Pergigian Star menyumbangkan sejumlah wang sebagai tajaan bagi pasukan Gergasi Merah mengharungi Liga Malaysia musim 2023 ini.

Selain itu, logo Star Dental juga bakal dipamerkan sebagai salah satu logo di laman web rasmi SFC, selain dalam beberapa aset digital di semua platform media sosial SFC.

Antara faedah lain adalah pemain-pemain serta pegawai Selangor FC dapat menikmati rawatan gigi secara percuma dan pemegang kad keahlian Red Giants juga turut boleh menikmati diskaun dari jumlah keseluruhan bil.

Ketua Pegawai Eksekutif 1 Klinik Pergigian Star, Dr. Sydi Luqman memaklumkan, pihaknya amat berbesar hati untuk menjadi salah satu rakan strategik untuk pasukan Selangor FC.

“Kami mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga Selangor serta penyokong setia Selangor FC untuk mendapatkan rawatan gigi di klinik kami. Klinik kami sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh komuniti, termasuklah penyokong setia Selangor FC,” katanya.

Tambahnya lagi,  kerjasama ini akan membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan memperkukuh lagi hubungan kami dengan komuniti bola sepak tempatan.

“Kami berterima kasih dan bersyukur atas kesempatan ini serta berharap dapat terus bekerjasama dengan pasukan Selangor FC pada masa akan datang”, tambah Dr. Sydi.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon turut menzahirkan rasa gembira atas kerjasama ini dan berpendapat kerjasama ini akan memberikan impak positif kepada kedua-dua entiti.

“Terima kasih dan selamat datang buat Klinik Pergigian Star atas kesudian untuk berkerjasama dengan SFC pada musim ini. Kerjasama ini juga memberikan isyarat kepada syarikat-syarikat tempatan yang berlainan bidang untuk turut berkerjasama dengan kelab-kelab bola sepak tempatan kerana industri bola sepak kita cukup dekat dengan rakyat Malaysia.

“Sebagai rakan strategik terbaru Selangor FC, kami akan melakukan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan. Ini juga jelas membuktikan sukan bola sepak masih relevan sebagai platform untuk syarikat-syarikat melabur dan berkongsi kepakaran di antara satu sama lain,” tambahnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: