Bola Sepak

Penyokong pacu kemenangan Pahlawan Merah


Ismaheel (kiri) menjaringkan gol pertama Kelantan FC. FOTO MFL

Kejayaan Kelantan FC menewaskan Penang FC 2-0 pada aksi ketiga Liga Super 2023 adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi ribuan penyokong pasukan tersebut.

Ketua Jurulatih Kelantan FC, Choi Moon Sik berkata, sokongan padu penyokong berjaya membangkitkan semangat untuk memburu mata penuh di Kota Bharu.

“Kemenangan ini hasil sokongan padu penyokong-penyokong setia TRW yang tidak jemu memberikan sokongan.

“Sorakan dan paluan gendang mereka beri aura dan suntikan semangat para pemain untuk menghasilkan gol,” katanya pada sidang akhbar.

Ujarnya, kejayaan mendapatkan tiga mata pertama selepas tiga perlawanan menyemarakkan lagi semangat Pahlawan Merah untuk terus memburu mata pada aksi seterusnya.

Pada perlawanan tersebut, Ismaheel Akinade dan Fazrul Amir muncul wira Kelantan FC apabila menjaringkan gol pada minit ke-22 dan 36.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: