Bola Sepak

Siaran Langsung 127 perlawanan Piala MFL 2023 di Youtube


MFL

Peminat bolasepak tanah air bakal disajikan oleh saingan Piala MFL 2023 yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube MFL bermula Khamis Ini.

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan berkata, siaran langsung bagi aksi Piala MFL iaitu Liga Simpanan untuk skuad bawah 23 tahun itu akan melibatkan 127 perlawanan sepanjang musim ini.

Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh MFL ini adalah untuk membolehkan peminat-peminat bola sepak tanah air dapat mengikuti perkembangan saingan Piala MFL yang dibarisi generasi pemain seterusnya untuk diserapkan ke dalam skuad Liga Super.

“Kejohanan Piala MFL ini merupakan edisi sulung yang diperkenalkan oleh MFL sebagai medan persaingan kepada pemain-pemain berumur 23 tahun bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pendedahan dalam aksi kompetitif,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: