Bola Sepak

Selangor berpesta gol di Kuching


Pemain Selangor meraikan jaringan. FOTO SELANGOR FC

Selangor FC tidak mempunyai masalah untuk membelasah pendatang baharu Liga Super 2023, Kuching City dengan jaringan 0-5 di Stadium Negeri pada malam Khamis.

Noor Al-Rawabdeh dan Ayron del Valle berjaya meletakkan The Red Giant 2-0 seawal minit ke-4 dan 9.

Dua gol awal jelas memberikan tekanan kepada tuan rumah untuk bangkit memburu gol penyamaan namun keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Selangor FC terus menambah derita Kuching FC apabila Noor Al-Rawabdeh menambah gol keduanya untuk kedudukan 0-3 pada minit ke-48.

Anak buah Tan Cheng Hoe terus berpesta gol untuk keputusan 0-4 pada minit ke-65 hasil jaringan ketua pasukan, Brendan Gan.

The Red Giant kemudiannya melengkapkan malam gemilang mereka menerusi Daniel Asri pada minit ke-73 untuk keputusan penuh 0-5.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: