
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain enggan pemainnya selesa selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super 2023.
Kejayaan terbaru menjinakkan Terengganu FC 1-0 pada malam Rabu selepas membelasah Perak FC 1-4 pada aksi pertama masih perlu diteruskan dan diperbaiki.
Beliau mengakui masih belum berpuas hati dengan persembahan Sang Kenari kerana tidak mencapai tahap yang diharapkan.
“Masih terlalu awal untuk menentukan hala tuju pasukan pada musim ini kerana terdapat 22 perlawanan lagi yang perlu dilalui oleh Kita.
“Sebenarnya kita mampu bermain lebih baik lagi pada perlawanan Ini. Saya tahu kemampuan tapi mungkin ada sebahagian pemain yang masih gementar lagi kerana melihat kehadiran penyokong yang ramai,” ujarnya.
Add Comment