Bola Sepak Liga Malaysia 2023 Terkini

Awas kelicikan Mickey – Kamara


PENYERANG Kuching City FC, Abu Kamara menyifatkan Faisal Abdul Halim antara pemain yang boleh menjadi duri dalam daging sekiranya tidak dikawal rapi dalam pertembungan menentang Selangor FC, malam ini.

Sudah tentu ia akan menjadi perlawanan sukar berdepan finalis Piala Malaysia 2022 itu menyaksikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim ini enggan tercicir mata dalam aksi kedua Liga Super di laman sendiri nanti.

Bagi Kamara, Faisal merupakan antara pemain yang cukup licik di atas padang sekali gus mampu menjadi ancaman kepada benteng Kuching City dan amat penting untuk mereka sentiasa mengawal rapi pergerakan setiap anak buah Tan Cheng Hoe itu.

“Saya boleh katakan Selangor merupakan antara kelab yang besar di Liga Malaysia dan saya pernah melihat cara mereka bermain sebelum ini.

“Tetapi, saya tetap merasakan Faisal antara pemain yang boleh bagi bahaya dekat kami dan perlu dikawal rapi malam esok sebab dia memang pemain yang lincah dan laju di atas padang.

“Bukan dia sahaja, pemain-pemain lain juga sama dan ramai antara mereka adalah pemain kebangsaan, jadi kita tidak boleh ambil mudah dan leka sepanjang perlawanan nanti.

“Yang penting, pemain-pemain di Kuching City juga berkualiti dan saya percaya kami mampu untuk mengekang sebarang halangan dalam memastikan tiga mata dapat diraih kali ini”, katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: